DETIK BERHARGA

Thursday, June 22, 2006

6 Jun – selasa

We are the chosen one...Allah telah tetapkan sejak azali lagi kitalah orang-orang yang bakal mengendong dan mewarisi jalan dakwah ini. Jalan yang telah diterokai oleh orang-orang yang terdahulu, kita cuma tinggal lalu dan memperbesarkan jalan yang telah diterokai oleh mereka. Duat tak punya masa yang banyak untuk membuat pilihan terlalu panjang, cukuplah sekadar melalui perjalanan yang diatur untuk kita(tapi ubahlah ikut yang sesuai gan kiter). Time sekolah dulu pernah seorang mu’allim bagitahu “orang yang sibuk ialah orang yang punya matlamat yang besar”. Slot pagi dan malam diisi oleh ustazah Arfah(atau makcik..sama je!).
Dia bercerita tentang dakwah dan pembina daulah untuk mengesap mardhotillah(MA) dengan kewujudan individu muslim, keluarga muslim(keluarga dakwah), masyarakat muslim dan daulah islamiyah..
Kita adalah seorang duat dan lakukanlah sesuatu supaya orang disekitar kita memahami apa yang kita perjuangkan(supaya memudahkan tugas kita kelak).
Diri kita ini adalah milik dakwah bahkan ibu dan ayah kita, keluarga kita, suami/isteri kita, dan anak-anak kita kelak juga milik dakwah. Sesungguhnya ini adalah perniagaan yang telah Allah berikan pada kita, dimana tiada kerugian dalam perniagaan ini(hanya untung je..Sape yang tak nak memang ‘skru longgar’). Sesungguhnya hidayah itu hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita, garablah ia sekuat-kuatnya supaya ia tidak terlepas, kerana hidayah takkan datang untuk kali kedua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home