DETIK BERHARGA

Thursday, June 22, 2006

11 jun

Dari pagi sampai petang aku belajar cara nak mengingat dengan mudah. Baru aku sedar kini, aku sebenarnya tak berapa suka nak ingat nombor. Tulah sebab nombor plat kereta ayah susah nak ingat sampai sekarang. Tengah hari tu speaker tu minta untuk mula awal, tapi kalau akhwat balik paling awal sampai dewan balik dalam pukul tiga. Aku dah risau dah, sebab perut dah lapar sangat. Mula-mula mintak brothers masak, tapi derang macam berat je(kan memasak tu kan penat!). Ada yang cadangkan kami makan roti, roti pun rotilah..Tak kisah je, janji perut tak menyanyi. Lepas makan(cukuplah untuk isi perut) dan solat. Tiba-tiba ikhwah datang dewan bawak nasi dan lauk. Masa tu rasa sangat seronok(sebab perut agak lapar la jugak). Malam ini aku sedar bahawa aku ini sesungguhnya seorang yang sensitif yang tidak diketahui, dan yang pasti tak siapa yang akan mengetahuinya, sebab akulah perahsia terulung dunia. Serta tak dapat dinafikan kadang-kadang aku seorang pendendam yang hebat. Namun kadang-kadang kene jugak belajar untuk melawan perasaan itu, tetapi biasanya kita akan kalah jikan berlandaskan emosi(senang jealah nak cakap, praktikalnya..Hanya Allah yang tahu). Orang kat sini kata “u should know ur friends better during this program” but apa yang aku dapat ialah aku lebih mengenali siapa diriku yang sebenarnya. I’am my self and I just want to be me(kerana aku tidak mahu mengalami kesengsaraan untuk berpura-pura menjadi orang lain). Teringat cerita dalam “la tahzan”, anda adalah seorang yang unik, tak pernah ada insan seperti anda sejak dari kelahiran adam hingga kini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home