DETIK BERHARGA

Thursday, June 22, 2006

9 jun -12.45 pm –

Aku masih lagi berharap, berdoa dan menanti agar penantianku ini segara, mudah dan diredhai untuk sampai ke penghujungnya.
Hari ni memang bersiap awal-awal pagi sebab ada aerobik dengan Wanita Desa Saujana(wadina). Akak-akak (ada yang boleh makcik-makcik) sangat mantap, mula pukul 7.40 am sampai 9.00 am, itu pun kami minta diri..Banyak la jugak step yang dia ajar, tapi perkataan baru yang aku tak dapat lupa “kemut’(wondering what is it???). Seriuosly, kalau orang yang tak biasa bersenam komfem tercunggap-cunggap aerobik dengan derang. Lepas tu ada gotong-royong pulak, dah penat-penat tu sampai je kat surau, ikhwah hulurkan air teh yang panas(tapi tak berapa boleh minum). Tapi minum la jugak air tu sementara dengar orang brief tentang gotong-royang. Tapi waktu tu sangat lapar, dalam hati dah berharap supaya ada miracle, konon-konon macam ikhwah paham yang kitaorang ni lapar. Tapi harapan hanya tinggal harapan, kenelah keluar kejap beli kuih untuk mengisi perut yang teramat lapar, kalau tak buat kerja macam orang tak makan. Akhawat kene bersihkat pusat sumber, letak karpet, susun meja, basuh toilet dan banyak lagi. Tapi yang tak pernah terlintas dek hati sebelum tu ialah mengangkat almari buku(lebih kurang macam kat library universiti) tu dan letak balik kat tempatnya sebab nak pasang karpet. Agak banyak la jugak, dalam lebih kurang sembilan(rasanya). Waktu ‘menggerakkan’ almari tu ada la jugak yang berdarah, ada yang tersepit kaki..(hebat sebenarnya akhawar-akhawat ni). Bila dah penat tahap maxima, aku pun menyanyi untuk naikkan semangat “darah yang mengalir membasahi bumi bukti penggobanan mujahid sejati, kerna kecintaan semua dikorbankan itulah rentak hidup pejuang” dan “ peluh dan darah yang tumpah ke bumi tidak percuma(yang ni tak brapa ingat sangat)”. Lepas siap semua kitaorang makan, ada roti, kuih dan bihun goreng yang ikwah masak(yang jadi isu utama kat BI malam sebelum tu)sambil ta’aruf dengan akak-akak tu. Simpelka laki selesaikan masalah. Bihun tu habis sebab akhawat semua tengah lapar-lapar. Sampai akak-akak tu pun kata “ wow ni bihun yang anak teruna masak ni, kene makan ni”. Besar jugak impact dia kalau ikhwah ni masak kan??(tak pasti). Apa rasa agaknya bihun ikhwah tu? Oklah (maaf aku bukan orang yang boleh memberi klasifikasi yang baik dan tepat). Boleh la dapat A atau A- (kot)untuk masakkan seorang lelaki. Kenapa ek kalau ikhwah masak macam glamour sikit? Sebab memasak tu dah sinonim dgn akhawat, so macam tak lah interesting sangat kalau kata akhawat masak, walaupun segelintir tu tak la berapa pandai sangat masak(tapi yang pasti takde lah makan ikan kering). Balik lepas gotong-royong akhawat balik rumah, lepas khidmat diri, satu rumah ‘flat’, sampai bangun pun mamai. Petang ni kami kene buat khidmat masyarakat dari rumah ke rumah pulak..(takde la menyeronokkan sangat kot). Petang tu ada kereta yang sister pakai tak boleh start enjin(dahla satu kereta clush haus), lepas maghrib kitaorang berempat tolak kereta tu dalam area-area rumah ni jealah(macam tak percaya!). kereta akan boleh start selepas ditolak.(nape ntah?)
Mula-mula rancang nak bawak jea kereta tu pergi isi minyak, lepas syura kami sepakat tanya pak cik dulu. Tapi dia takde kat situ, so yang ade brothers jealah.
lepas tu ada comunication dengan ikhwah:
(comunication ni lebih kurang je, boleh ‘record’ apa yang sister cakap je sebab tak tau apa yang brother cakap)
1st call
sis: kami kat jalan yang gelap ni
sis: bro kereta ni dia boleh start biler kitaorang tolak jea. Macammana yea?
sis : rasa bukan bateri sebab lampu tertutup.
sis : kalau kami bawak kereta ni sampai stesen minyak sempat tak sampai?
bro: komfem tak sempat.
sis : ade je botol. Guna botal mineral boleh?


sis : boleh tak botol tu ada air cikit?
bro : boleh. Tapi goncang-goncang la botol tu. Korang katne tu?(bro dah risau kot)
sis : ada kat rumah. Tadi tu kat depan rumah sebab kat tengah-tengah jalan dan jalannya gelap pun.

Lepastu timbul pulak teori petrol mengakis.

sis : bro boleh ke guna guna botol meneral ni. Tak mengakis ke?
bro : tak...ana pernah cuba. Percayalah pada ana

(lepas tu tak tau apa yang dibincangkan)
Sister tu pun cerita kat kami dengan muka yang sangat malu..kami pun apa lagi ketawalah , sampai sakit perut dibuatnya. Sejak dari tu ada treatmark baru untuk bi “percayalah..”.
Inilah kenengan misi setelah kami seminggu disini. Takpe nanti kami belajar camne nak servis kereta eh(sebab it is salah satu modul dalam misi). Jangan marah eh ikhwah dengan soklan-soklan jahil akhawat ni..
Balik saje lepas perkongsian khidmat masyarakat tu, akhawat prepare untuk tidur dan mereka menjadi mujahidah yang telah berjuang all out pagi tadi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home